Berjaya Dapatkan 3 Juta Retweet, Lelaki Dapat Nugget Ayam Percuma Setahun



Pada 5 April lalu, seorang lelaki berjaya menarik 3,490,249 retweet memecahkan rekod Ellen DeGeneres hanya kerana satu permintaan ‘mengarut’ kepada akaun Twitter rangkaian makanan, Wendys.

Lelaki yang bernama Carter Wilkerson berkenaan meminta diberikan nugget ayam percuma berjaya menarik 3 juta retweet mengalahkan EllenDeGeneres yang sebelum ini memegang rekod apabila tweet swafoto selebriti Hollywood pada Anugerah Oscars pada 2014.

Setelah Carter mendapat sokongan jutaan pengguna Twitter, akhirnya Wendys bersetuju memberinya bekalan nugget ayam selama setahun kepada pemuda itu.

Bukan itu sahaja, Wendys juga berjanji akan menderma kepada organisasi kebajikan atas nama Carter dengan sejumlah AS$100,000 (RM 434,700).

Beberapa rangkaian selain Wendys seperti syarikat global dan selebriti turut memberi respon terhadap tweet Carter.

Apple Music, Microsoft, Amazon, Google malah Twitter sendiri retweet tweet yang dimuatnaik oleh Carter.

Dalam sebuah episod rancangan Ellen, Ellen sendiri bertindak ‘mengecam’ tindakan Carter yang memecahkan rekod beliau.

Katanya sambil tertawa, "Hentikan sekarang. Saya berusaha keras untuk mencipta rekod, dan dia (memecahkan rekod) dengan hanya meminta nugget?".

Tweet dari Ellen sebelum ini menarik sebanyak 3.2 juta retweet.


0 comment... add one now