Bonus Duit Raya Aidilfitri 2017: Kakitangan Penjawat Awam Dan Pesara Awam Dapat Atau Tidak?



Ramadhan bakal menjelang hanya beberapa hari lagi dan diikuti menjelangnya Aidilfitri, semua kakitangan atau penjawat awam termasuk pesara awam semestinya akan tertunggu-tunggu berita baik daripada pihak kerajaan mengenai “duit raya” atau pemberian bonus saguhati sempena perayaan tersebut. 


Untuk penjawat awam, pemberian bonus daripada kerajaan ini dapat sekurang-kurangnya mengurangkan beban dalam persiapan raya. Seperti semua tahu, perbelanjaan ketika bulan Ramadhan dan Aidilfitri sememangnya menelan kos yang agak tinggi berbanding hari-hari biasa.


Dalam keadaan ekonomi kini, warga kakitangan kerajaan seharusnya juga memahami kedudukan kewangan dan keutamaan yang perlu diberi oleh kerajaan terhadap rakyat keseluruhannya dan negara kita.


Selaras dengan itu, sekiranya pihak kerajaan tidak dapat memenuhi permintaan pemberian bonus bagi musim Aidilfitri 2017, ini tidak bermakna kerajaan tidak bersikap prihatin mengenai soal kebajikan penjawat awam.


Apa yang dapat kita perhatikan, telah banyak kemudahan yang nilainya lebih besar berbanding pemberian bonus untuk diberi kepada penjawat awam.


Sebagai contoh, rawatan dan perubatan hospital, kemudahan melanjutkan pelajaran, pemberian elaun, pinjaman perumahan serta kenderaan antara kemudahan yang disediakan bagi penjawat awam.


Sedar ataupun tidak, tidak keterlaluan untuk mengatakan kerajaan Malaysia merupakan antara paling bersikap prihatin kepada penjawat awamnya.


Ini kerana kerajaan memberi bayaran bantuan khas pada setiap tahun terutamanya bersempena dengan perayaan bagi penjawat awam dan tidak lupa juga kepada pesara kakitangan awam.


Persoalannya, bagaimana pula tahun ini?


Adakah penjawat awam dan pesara awam akan mendapat bonus untuk Aidilfitri ini?


Sebarang berita mengenai bonus atau duit raya Aidlifitri bagi penjawat awam dan pesara awam akan malaysiastream update di sini berdasarkan dari sumber yang boleh dipercayai dan sahih untuk makluman semua. Nantikan dari kami!


0 comment... add one now