Bunuh Abang Sendiri, Lelaki Direman 4 Hari

Disebabkan perselisihan faham yang berlaku antara adik-beradik, seorang lelaki sanggup membunuh abangnya menggunakan alat pemadam api menyebabkan lelaki itu direman selama 4 hari mulai hari ini.

Kira-kira pukul 8.30 pagi tadi, suspek yang berusia 48 tahun dibawa ke Mahkamah Majistret sebelum perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah, Nor Hapipah Abdullah.

Kejadian yang berlaku di Kampung Sama Gajah semalam melibatkan seorang lelaki maut setelah disembur dengan alat pemadam api.

Terdapat juga kesan hentakan objek tumpul pada bahagian belakang kepalanya.

Mangsa yang dipercayai bertindak menyerang dan cuba melanggar adiknya dengan motosikal terlebih dahulu sebelum berlaku pergelutan antara mereka ketika kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu.


Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh. 
Bunuh Abang Sendiri, Lelaki Direman 4 Hari


0 comment... add one now