Cara Beli Nombor Pin Unik UPU Di BSN

Tak tahu cara untuk beli Nombor Pin Unik ID UPU bagi yang memohon kemasukan ke IPTA, Politeknik dan ILKA serta lain-lain UA?

Anda boleh rujuk Laman Web BSN di Pembelian PIN BSN untuk mengetahui tarikh buka dan tutup pembelian nombor pin UPU ini.
 
Cara Untuk Beli Nombor Pin Unik ID UPU Di BSN
Anda boleh pilih 3 cara untuk beli nombor pin UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN):

1. Kaunter BSN

  • Pilih sahaja mana-mana cawangan Bank BSN. 
  • Bawa sekali Kad Pengenalan (IC) dan wang bagi jumlah bayaran yang perlu dibuat.  

2. ATM (Automated Teller Machine)

(Anda perlu mempunyai akaun BSN dan kad BSN untuk cara ini)
  1. Masukkan Kad dan No Pin
  2. Pilih Urusan – ‘Beli Pin’
  3. Pilih Jenis Permohonan – ‘IPTA’
  4. Pilih Jenis Program IPTA – contohnya  ‘SPM’ / “STPM”
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan / My Kad
  6. ‘YA’ untuk meneruskan urusan
  7. Semak Maklumat
  8. Klik ‘SETUJU’ untuk meneruskan urusan atau ‘BATAL’ untuk membatalkan urusan
  9. Resit Dicetak. Simpan resit yang dicetak untuk rujukan masa depan
3. SMS Banking (Anda perlu mempunyai akaun BSN dan kad BSN untuk cara ini)
Pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu untuk menggunakan perkhidmatan SMS Banking. 
Pendaftaran boleh dibuat di Kaunter, CDM (Cash Deposit Machine ) atau ATM.

Cara Mendaftar di ATM atau CDM:-
  1. Masukkan Kad MATRIX BSN dan Pilih Bahasa
  2. Masukkan No. Pin dan Pilih Urusan Lain
  3. Pilih Perbankan SMS dan Pilih Pendaftaran
  4. Masukkan No. Telefon Bimbit
  5. Urusan Telah Berjaya dan slip akan dikeluarkan bersama cetakan 4 digit UAC.
  6. SMS pendaftaran berjaya akan diterima melalui telefon yang didaftarkan tadi.
Selepas berjaya mendaftar, anda boleh membeli No Unik UPU melalui sms.

SMS ke 36898 dengan menaip PIN<jarak>M-PIN<jarak>ORG<jarak>KP

contoh : PIN 012345 SPM 950101010101

*M-PIN adalah nombor pin kad Matrix BSN

Kami berharap informasi ini dapat dijadikan sebagai panduan untuk anda yang ingin membeli nombor pin unik UPU di BSN selepas ini.

Selamat berjaya kami ucapkan kepada pemohon yang ingin melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi.


0 comment... add one now