Cara Buat Semakan Nama Peminjam Dan Penjamin Blacklist CTOS Dan CCRIS



Kepada individu-individu yang gagal untuk membuat pinjaman daripada perbankan dan institusi kewangan lain dengan beralasan nama disenaraihitamkan (blacklist) CTOS dan CCRIS, anda dinasihatkan agar menggunakan saluran yang betul untuk membuat semakan status supaya mengetahui sama ada benar-benar terlibat dalam masalah berkenaan.


Kebanyakan individu mendedahkan maklumat peribadi mereka seperti nombor kad pengenalan di ruangan komen dalam blog tertentu yang memberi info semakan CTOS dan CCRIS.


Peringatan untuk semua, tindakan seperti itu merupakan tindakan yang kurang bijak kerana admin blog tidak dapat membantu anda untuk membuat semakan laporan kredit sama ada nama anda sebagai peminjam mahupun penjamin disenaraihitamkan, melainkan anda sendiri yang mempunyai usaha untuk berhubung dengan pihak atau mana-mana agensi terlibat melalui saluran yang betul.


Bukan itu sahaja, maklumat peribadi seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, alamat atau nombor telefon yang didedahkan secara tidak langsung akan memberi peluang kepada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk menyalahgunakan butiran peribadi anda bagi tujuan tertentu.


Sehubungan dengan itu, dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dalam memilih saluran yang betul bagi tujuan tersebut.


Info Mengenai Senaraihitam (Blacklist) CTOS Dan CCRIS



Blacklist dapat dikategorikan sebagai istilah tahanan mahupun kurungan yang bersifat sementara selagi hutang peminjam tertunggak tidak diselesaikan.


Sesetengah pihak berpendapat bahawa CTOS dan CCRIS bukan sistem yang menyenarai hitam peminjam cuma ia merekodkan aktiviti-aktiviti peminjam sama ada melakukan bayaran semula pinjaman dengan baik atau tidak.


Maklumat tersebut akan dijadikan sebagai salah satu sumber oleh institusi kewangan bagi menilai risiko atau meluluskan pinjaman baharu yang dikemukakan.


Jika didapati nama peminjam yang disenaraikan dalam rekod CCRIS dan CTOS menunjukkan pembayar hutang yang tidak bagus maka ini menutup kesempatan peminjam untuk membuat pinjaman baharu sehingga dia memberi komitmen terbaik dalam usaha menyelesaikan masalah pembayaran semula pinjaman tertunggak yang terdahulu.


Info Mengenai Semakan Laporan Kredit CTOS



CTOS berfungsi memberi maklumat kepada bank dan institusi kewangan untuk menilai risiko daripada memberi pinjaman kepada pemohon.

CTOS merupakan satu syarikat yang membangunkan sistem bagi merekodkan bayaran yang tertunggak oleh peminjam.

Peminjam yang tidak langsung membuat bayaran pinjaman yang sudah ditetapkan, maka nama akan direkodkan dalam CTOS.

Anda boleh terus hubungi pihak CTOS di CTOS Service Centre melalui pautan di bawah:




Info Mengenai Semakan Laporan Kredit CCRIS



Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) merupakan rekod bayaran bulanan komitmen peminjam dengan institusi perbankan


Sekiranya peminjam membuat ‘bayaran cantik’ seperti yang telah ditetapkan oleh pihak bank, laporan dalam data CCRIS akan merekodkan peminjam sebagai pembayar hutang yang bagus. 


Justeru, peminjam ini tiada sebarang permasalahan jika ingin membuat permohonan pinjaman baharu. Namun, ia masih juga tertakluk pada syarat, rekod dan kelulusan lain.


Sebaliknya, jika bayaran oleh peminjam tidak bagus, peminjam berkemungkinan menghadapi masalah untuk membuat pinjaman kewangan baharu dengan mana-mana cawangan bank sehingga rekod terbaharu (rekod yang baik) telah dikemaskini dalam data.


Buat pengetahuan anda, anda tidak boleh menyemak rekod CCRIS menerusi bank yang anda membuat pinjaman.


Pihak bank kebiasaannya akan menyarankan anda untuk mendapatkan rekod laporan kredit tersebut melalui Bank Negara Malaysia kerana urusan anda akan menjadi jauh lebih mudah disebabkan kiosk layan diri telah disediakan di Bank Negara Malaysia untuk membuat semakan CCRIS.


Selain itu, maklumat-maklumat anda seperti rekod kategori peminjam, rekod pembayaran serta status semasa akan dipaparkan secara lebih terperinci.


Sebarang info mengenai cara permohonan semakan CCRIS, boleh rujuk pautan ini:


Semoga informasi ini dapat membantu anda. 

Silakan share sekali artikel ini supaya ramai lagi dapat maklumat berguna ini. 

Terima kasih. 
Cara Buat Semakan Nama Peminjam Dan Penjamin Blacklist CTOS Dan CCRIS


0 comment... add one now