Dinding Pangsapuri Tingkat 12 Runtuh



Tangki air sebuah pangsapuri telah pecah awal pagi tadi kira-kira pada jam 1 pagi dan telah menyebabkan sebahagian dinding bangunan itu runtuh di Jalan CU 4A.  

Kejadian membabitkan sebuah unit pangsapuri di tingkat 12, Pangsapuri Cheras Utama.  

Pihak bomba menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 1.30 pagi, beritahu Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul.


Dalam pada itu, sebanyak 7 orang anggota bergegas ke tempat kejadian dan menyaksikan runtuhan terbabit.

Akibat daripada runtuhan itu, sebuah kereta Proton Wira dan sebuah motosikal yang terletak di bawah bangunan itu telah dihempap.


Insiden berkenaan cuma membabitkan bahagian ruang tamu rumah tersebut dan tiada mangsa dilaporkan cedera. 






0 comment... add one now