Dua Suspek Kes Rogol Di Premis Judi Pernah Ditahan Di Wangsa Maju



Dua orang suspek yang terlibat dalam kes samun dan rogol di sebuah premis judi dalam talian di Bandar Kinrara, Puchong, Khamis lalu disahkan oleh polis pernah ditahan bagi pemeriksaan di Wangsa Maju setelah insiden itu berlaku.

Kira-kira pukul 2.30 petang, sepasukan anggota polis telah menahan kedua-dua suspek ketika sedang melakukan rondaan cegah jenayah di Jalan Genting Klang, beritahu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif.

Beliau juga memberitahu sebelum ini, pihaknya ada menerima maklumat berkaitan kegiatan dua orang lelaki yang bergiat aktif melakukan samun premis perniagaan di beberapa daerah lain.

Kedua-dua suspek menepati ciri-ciri maklumat yang diterima, oleh itu, mereka ditahan bagi pemeriksaan.

Mereka juga merupakan adik-beradik berusia 22 dan 26 tahun berasal dari Setapak.

"Semakan lanjut tidak menemui sebarang rekod jenayah lampau atau sebarang kesalahan yang boleh mengaitkan mereka dengan kegiatan jenayah.”

"Selepas selesai semakan terhadap latar belakang serta kenderaan (motosikal) dinaiki mereka, kita tidak menemui senjata atau sebarang perkara salah, maka kedua-duanya dibebaskan pada hari sama," katanya.

Rakaman video yang menular di media sosial sejak Jumaat lalu menunjukkan dua lelaki merogol seorang wanita secara bergilir-gilir mendapat cemuhan netizen dan rata-rata menggesa pihak polis agar menyelesaikan kes berkenaan dengan secepat mungkin.


Sementara itu, identiti kedua-dua suspek telah dikenal pasti dan usaha mengesan mereka sedang dijalankan, jelas Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias. 


0 comment... add one now