Garis Panduan Bagi Admin WhatsApp

Garis panduan peringatan mengenai apa yang patut dan tidak dilakukan telah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kepada pentadbir (admin) kumpulan aplikasi pesanan berhubung.

Garis panduan berkenaan dikeluarkan susulan laporan yang pernah dikeluarkan oleh BH 27 April lalu berkaitan dengan admin kumpulan WhatsApp berdepan dengan tindakan undang-undang sekiranya gagal membendung penyebaran maklumat palsu dalam kalangan ahli sehingga menggugat keselamatan negara.

Pengguna dapat membaca semua garis panduan yang telah dikeluarkan oleh SKMM dalam web rasminya  (www.mcmc.gov.my) mengenai apa yang patut dan tidak patut dilakukan.


Selain itu, admin juga perlu memberitahu kepada ahli-ahli kumpulan mengenai tujuan kumpulan tersebut diadakan dan memikirkan sama ada memerlukan peraturan asas atau tidak.

Tugas lain yang perlu dijalankan oleh admin adalah perlu sentiasa prihatin terhadap peraturan atau syarat penyedia platform, menegur mana-mana posting atau komen bagi memastikan perbincangan berada dalam landasan yang betul dan sentiasa menyemak posting atau komen tersebut.

Tambahan juga, admin perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa yang menjalankan siasatan dan membuat pertimbangan untuk mengeluarkan atau menyekat mereka yang terus membuat posting atau komen jelik.

Dalam masa yang sama, SKMM mengingatkan semua pentadbir kumpulan agar mengelak daripada menjadi pentadbir yang senyap mahupun tidak aktif.  

Admin seharusnya tidak boleh memberi galakan, menghasut atau bersubahat terhadap komen jelik dan membenarkan perbincangan keluar daripada topik. 

Selain itu, admin juga berperanan tidak boleh menggangu atau menghalang pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.


Segala garis panduan yang ditetapkan oleh penyedia platform seperti Facebook, WhatsApp dan Telegram tidak boleh dilanggar sama sekali. 


0 comment... add one now