Gunung Everest Mengumpul 4 Tan Sampah



Dalam 5 hari pertama operasi pembersihan dijalankan, para pekerja dan sukarelawan mengumpul 4 tan sampah dari Gunung Everest di sebelah China.

Proses yang dimulakan pada Sabtu lalu selama 9 hari ini menyasarkan laluan pendakian dan kawasan perkhemahan berada dalam ketinggian antara 5,181 dan 6,492 meter.

Beberapa kawasan Gunung Everest terletak di China dan Nepal.

Pada setiap tahun, kawasan puncak tertinggi dunia itu dikunjungi oleh hampir 60,000 pendaki dan jurupandu.

Kawasan yang berada di sebelah China yang dirujuk dengan panggilan Tibet sebagai Gunung Qomolangma.


Sementara itu, di sebelah Nepal pula, penganjur pendakian mula memberikan beg sampah kepada pendaki untuk mengutip sampah yang kemudiannya akan diangkut oleh helikopter kembali ke pangkala.


0 comment... add one now