Harga Minyak 11 Mei - 17 Mei 2017


Mulai hari ini sehingga 17 Mei, harga diesel turun sebanyak 13 sen kepada RM1.95 seliter manakala harga runcit mingguan bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun 10 sen kepada RM2.01 dan RM2.29 seliter.

Pada Khamis lepas sehingga semalam, harga runcit mingguan untuk petrol RON95 (RM2.11), RON97 (RM2.39) dan diesel (RM2.08) seliter.

Dalam laman sesawang, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) ada menyatakan harga baharu mingguan tersebut berkuatkuasa pada jam 12.01 tengah malam tadi.



0 comment... add one now