Harga Terkini Buat Pasport Malaysia 2017 & Cara Renew Pasport Online


Kadar bayaran membuat ataupun memperbaharui passport Malaysia Antarabangsa untuk warganegara Malaysia telah diumumkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia iaitu sebanyak RM200 bagi tempoh 5 tahun.


Pengurangan sebanyak RM100 dapat dilihat jika bandingkan kadar baharu ini dengan kadar terdahulu iaitu sebanyak RM300.


Pengurangan kadar bayaran bagi tempoh 5 tahun ini, Pasport Malaysia Antarabangsa bagi tempoh sah selama 2 tahun telah dimansuhkan.


Selain itu, sebanyak RM100 dikenakan untuk bayaran pasport bagi warga emas, kanak-kanak di bawah 12 tahun dan jemaah haji berbanding kadar asal iaitu sebanyak RM150.


Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) pula tidak dikenakan apa-apa bayaran bagi perkhidmatan tersebut.


HARGA TERKINI BUAT PASSPORT MALAYSIA ANTARABANGSA 2017 DAN CARA PEMBAHARUAN (RENEW) SECARA ONLINE



Berkuatkusa mulai 15 Januari 2015 sehingga kini:


Kategori
Kadar Bayaran
Pemohon yang berumur 13 tahun - 59 tahun
RM200
Pemohon yang berumur 60 tahun dan ke atas
RM100
Pemohon yang berumur 12 tahun dan ke bawah
RM100
Jemaah Haji
RM100
Orang Kelainan Upaya (OKU)
Percuma


CARA PERMOHONAN PEMBAHARUAN (RENEW) PASSPORT ANTARABANGSA MALAYSIA SECARA ONLINE


MYonline Pasport ialah satu kaedah sebagai kemudahan untuk warganegara Malaysia melakukan permohonan pembaharuan Pasport Malaysia. Cara ini dilakukan melalui Internet secara atas talian.

Bayaran yang perlu dibuat untuk permohonan atas talian ialah dengan menggunakan kad kredit atau debit terus (FPX).

Pengambilan pasport boleh dilakukan di pejabat pengeluar pasport yang disenaraikan dalam sistem. Selain itu, sistem sendiri akan menentukan tarikh dan masa pengambilan pasport berdasarkan hari dan masa permohonan dibuat.

Untuk makluman semua, permohonan yang dilakukan sebelum jam 3 petang hari bekerja akan diserahkan pada hari yang sama manakala permohonan yang dilakukan selepas jam 3 petang akan diserahkan pada jam 10 pagi hari bekerja berikutnya.

Sila klik pautan ini:

Maklumat Lengkap Dan Sistem Aplikasi Permohonan Pembaharuan Passport Malaysia Antarabangsa Secara Online

GARIS PANDUAN / CARA TERKINI BUAT PERMOHONAN PERTAMA KALI PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA


Sila klik pautan ini:

Prosedur Dan Garis Panduan Permohonan Baharu Passport Malaysia Antarabangsa


MAKLUMAT DAN HALAMAN UTAMA OFFICIAL WEBSITE JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA


Melalui official website Jabatan Imigresen Malaysia, pengguna dapat menggunakan kemudahan yang telah disediakan seperti di bawah:

  • Semakan Status Kawalan Imigresen untuk Warganegara Malaysia – Blacklist (SSPI)
  • Semakan Status Permohonan Pas Pelajar
  • Semakan Status Permohonan Permit Masuk (myOnlinePermit)
  • Semakan Permohonan Pembantu Rumah / Pekerja Asing
  • Lain-Lain Semakan Dan Perkhidmatan Secara Online

Sila klik pautan ini:

http://www.imi.gov.my


0 comment... add one now