Hari Ini Hari Ibu, Ada Juga Ibu Yang Sanggup Membuang Bayinya

Bayi lelaki yang ditinggalkan di Slim River pada 7.30 pagi hari ini ditemui oleh seorang bekas guru, G Thiruganakumar, 60, yang kebetulan sedang berjoging di taman itu.

Difahamkan, bayi berkenaan ditinggalkan di sebuah taman permainan kanak-kanak Taman Pegola, berdekatan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP).

Bayi lelaki baru lahir tersebut dijumpai dalam keadaan cukup sifat dan sihat, beritahu Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof.

Bayi berkenaan ditemui dalam keadaan dibalut dengan kain batik dan diletakkan atas alat permainan papan gelongsor.


Tambahnya lagi, bayi itu kemudian dibawa ke Hospital Slim River bagi tindakan selanjutnya untuk memastikan tahap kesihatannya. 
Hari Ini Hari Ibu, Ada Juga Ibu Yang Sanggup Membuang Bayinya


0 comment... add one now