Hati-hati Dengan Taktik Terbaru Penyeluk Saku



Apabila anda berdepan dengan orang yang tiba-tiba pengsan di khalayak ramai, mereka kemungkinan benar-benar pengsan namun ada juga yang berpura-pura mengambil kesempatan untuk melakukan perkara yang tidak baik.

Ini merupakan pengajaran yang susah untuk dilupakan oleh seorang ahli politik kerana tragedi yang menimpanya mengakibatkan dirinya kehilangan RM18,000 setelah menolong seorang lelaki yang ‘pengsan’ di pusat beli-belah dua hari lepas.

Insiden ini berlaku setelah ahli politik itu baru sahaja menukar beberapa ribu dolar US kepada ringgit di kaunter pengurup wang lalu menyimpan wang tunai itu di dalam poket belakangnya.

Setelah beberapa minit berlalu, seorang lelaki yang berdiri di eskalator di hadapannya secara tiba-tiba rebah lalu beliau dan beberapa yang lain membantu mangsa.   

Kemudian, lelaki itu tiba-tiba mampu berdiri dan beredar pergi dari tempat kejadian.

Tidak lama kemudian, ahli politik itu menyedari wang di dalam poket belakangnya hilang dan mempercayai disamun penyeluk saku yang berpura-pura ‘pengsan’.

Dipercayai melalui cara penipuan itu, penyeluk saku dapat mengalih tumpuan mangsa ketika proses menyelamat.


Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh memaklumkan polis sedang menyiasat insiden tersebut dan akan membuat pemeriksaan rakaman CCTV mengenai kecurian itu.


0 comment... add one now