Jepun Hantar Kapal Perang Bagi Melindungi Carl Vinson



Buat pertama kali sejak Perang Dunia Kedua, Jepun telah menghantar kapal perang terbesar milik mereka untuk melindungi kapal pengangkut Amerika Syarikat (AS), USS Carl Vinson menuju ke perairan Shikoku berdekatan Semenanjung Korea.

Setelah arahan dikeluarkan oleh Menteri Pertahanan, Tomomi Inada, kapal pengangkut helikopter, Izumo, telah dihantar dari pangkalan di Yokosuka di selatan ibu negara itu.

Misi utama kapal perang itu adalah untuk peperangan antikapal selam meskipun kapal perang sepanjang 249 meter itu dapat membawa sehingga 9 helikopter.

Penghantaran Izumo dibuat kerana peningkatan ketegangan di rantau itu akibat provokasi berterusan Korea Utara selain susulan latihan ketenteraan bersama antara Jepun dan AS.

Set undang-undang kontroversi bagi memperluaskan peranan tentera dan membenarkan ia terlibat dengan konflik di luar negara telah diluluskan oleh Jepun pada tahun 2015.


Setelah undang-undang baharu itu mendapat kelulusan, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Shinzo Abe mendapat kecaman hebat kerana dikhuatiri akan mengheret negara itu ke dalam kancah peperangan.


0 comment... add one now