Jualan iPhone Menurun

Untuk 3 bulan pertama tahun 2017, Apple Inc mencatatkan jualan
iPhone kurang daripada jangkaan mereka.
Akan tetapi, penganalisis yang terlepas pandang data sebenar adalah sebenarnya purata harga jualan iPhone mencatatkan pertumbuhan menggalakkan
berbanding sejak pelancaran iPhone 6.
Pihak pengurusan eksekutif gergasi teknologi itu mengesahkan kunci
utama lonjakan purata harga jualan bagi seunit telefon adalah daripada hasil
jualan iPhone 7 Plus. 
Apple tidak mendedahkan angka sebenar jumlah unit yang terjual
bagi setiap model keluarannya.
Buat masa ini, iPhone 7 Plus ditawarkan harga premium sehingga
mencecah AS$969 untuk spesifikasi penuh.
Atas pertimbangan pasaran telefon pintar yang semakin matang dan
mencatat pertumbuhan perlahan, bagi Apple, pihak mereka lebih mementingkan kadar
purata harga jualan iPhone.
Oleh itu, Apple berupaya menjana margin lebih besar untuk setiap
telefon yang terjual adalah kritikal bagi mengembangkan tahap keuntungannya.
Menerusi satu persidangan panggilan yang dibuat untuk mengumumkan
pendapatan syarikat Apple, Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook memaklumkan bahawa
satu perkara yang pasaran tidak mengambil kira adalah imbangan antara iPhone 7
dan iPhone 7 Plus.
Beliau memberi maklum balas itu
setelah ditanya soalan berkaitan pembekalan telefon premium yang ketat
sepanjang musim membeli-belah.

Selaras dengan itu, 7 Plus mendapat permintaan yang lebih kukuh
di luar jangkaan justeru ia memerlukan masa bagi syarikat menyesuaikan kembali
rangkaian pembekalan supaya dapat mengimbangkan permintaan iPhone 7 Plus yang
disaksikan dengan angka pada suku yang lalu. 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *