Kelantan Mungkin Tiada Lagi Dalam Liga M?


Tan Sri Annuar Musa
Dipetik dari laman sosial Tan Sri Annuar Musa, beliau mengatakan jika terus bertanding di bawah peraturan dan cara pengurusan bola sepak sekarang, pastinya masa depan skuad pantai timur TRW pasti terkubur.

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu juga membayangkan The Red Warriors tidak lagi mewarnai saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Bukan itu sahaja, memandangkan liga domestik hanya layak bagi pasukan yang kaya sahaja, nama Kelantan mungkin tidak wujud lagi.

Jelasnya, “Sekarang pasukan miskin sudah tiada tempat lagi dalam Liga Super. Sedih bila tengok kita miskin tak cukup duit, semua orang membiarkan kita terkapai-kapai dan terus dikenakan pelbagai tekanan.”

Pengerusi Konsortium Al-Hamra itu turut menyatakan perasaan sedihnya apabila mendapat tahu ramai pemain cuba dilarikan. 

Walaupun sepatutnya pemain masih dalam kontrak tidak boleh dihubungi atau ditawarkan (rundingan) pintu belakang namun ramai yang sudah dipancing.

Annuar walau bagaimanapun memberitahu meskipun berada dalam situasi sukar tetap beliau tetap gembira kerana Kelantan masih mampu beraksi dengan baik dalam liga pada musim ini.


Walaupun berada dalam keadaan susah, Annuar teruja dapat melihat TRW sentiasa istimewa dan mendoakan yang terbaik buat TRW sekiranya masih mempunyai peluang untuk beraksi atas nama negerinya. 


0 comment... add one now