Kematian Wanndy Tak Bermaksud Malaysia Bebas Ancaman Daesh

Negara
kita tidak semestinya telah bebas daripada ancaman Daesh meskipun ketua militan
Daesh Asia Tenggara, Muhammad Wanndy Mohamed Jedi disahkan telah meninggal
dunia.

Ancaman
Daesh mempunyai kaitan dengan ekstremisme dalam agama, justeru ia tidak akan
terhakis dengan hanya kematian salah seorang ahlinya, jelas Ketua Penolong
Pengarah Counter Terrorism, Cawangan Khas (E8), Bukit Aman, Datuk Ayob Khan
Mydin Pitchay.

Ayob
juga menyatakan laporan oleh pihak polis menunjukkan daripada 56 orang ahli
Daesh yang berada di Syria, sekurang-kurangnya empat ahlinya seperti Muhammad
Wanndy merekrut rakyat Malaysia melalui Facebook, WhatsApp dan Telegram.

Keempat-empat
ahli ini antaranya termasuk bekas pemuzik sebuah kumpulan genre rock, Akel
Zainal.

Dilaporkan
pada 29 April lalu, Muhammad Wanndy Muhamed Jedi, 26, terbunuh dalam serangan
dron di Raqqa, Syria.

Pada
hari yang sama, isterinya, Nor Mahmudah Ahmad, 28, mendedahkan kematian
suaminya di Facebook.

Pihak
polis akan meneruskan pemantauan aktiviti-aktiviti ahli Daesah di negara kita
dan bersedia mengenakan tindakan segera sebaik sahaja memperoleh maklumat yang
mencukupi, beritahu Ayob Khan. 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *