Kereta Viva Terbalik, 3 Pelajar Maut Di Tempat Kejadian



Tiga orang pelajar yang terlibat dalam sebuah kemalangan di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) berdekatan Stesen Minyak Petron Jalan Malim, Taman Cheng Bestari disahkan meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira pukul 11.10 pagi. 

Ketiga-tiga pelajar terbabit yang menaiki kereta Perodua Viva ialah Mohd Aiman Hakim Badrul Hisham, 19, Nik Muhammad Sajirin, 19 dan seorang lagi yang masih belum disahkan identitinya. 


Kereta yang dinaiki mereka semasa insiden berlaku datang dari arah pusat bandar menghala Alor Gajah lalu terbabas di pembahagi jalan sebelum terbalik dan merempuh bahagian hadapan kereta Proton Gen 2 di laluan  yang bertentangan. 

Sejurus menerima panggilan pukul 11.13 pagi, sepasukan 8 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu bergegas ke tempat kejadian, jelas Pegawai Bomba Kanan II, K Kalaiselvam. 


Setelah pihak bomba tiba di lokasi, mereka mendapati 2 mangsa tersepit di dalam kereta Perodua Viva tersebut. 

Mangsa kemalangan terbabit melibatkan 4 orang namun 3 daripada mereka disahkan maut oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian. 


Pemandu Proton Gen 2 itu bagaimanapun dilaporkan hanya mengalami sedikit kecederaan.



0 comment... add one now