Kubur Thaqif Digali Semula


Datuk Seri Dr. S Subramaniam

Dalam tempoh dua minggu lagi, hasil bedah siasat kedua pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi dijangka akan diketahui. 


Bedah siasat kedua itu dilakukan oleh pasukan forensik patologi buat masa ini untuk mengetahui punca sebenar kematian Mohamad Thaqif setelah masih tidak berpuas hati dengan hasil siasatan pertama, beritahu Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam.


Oleh itu, tambahnya lagi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mahkamah memberi kebenaran kubur pelajar tahfiz tersebut digali semula supaya pasukan berkenaan dapat berbuat demikian.


"Saya ingat daripada segi pemeriksaan mayat sudah lengkap, (cuma) mereka (pasukan forensik patalogi) tak sangka dia (Mohamad Thaqif) meninggal dunia.


Difahamkan ketika pembedahan memotong kaki dilakukan, Thaqif masih hidup. Setelah itu, dia meninggal dunia dan disebabkan pasukan memerlukan maklumat tambahan membabitkan punca kematian, pemeriksaan kali kedua perlu dibuat.


Beliau memberi kenyataan itu dalam sidang media Majlis Perasmian Sambutan 50 Tahun Ortopedik, yang bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.


Semalam, kubur pelajar Mohammad Thaqif, 11, yang meninggal dunia pada 26 April lalu digali semula.


Sementara itu, pada 21 April lalu, Allahyarham didakwa dipukul menggunakan paip getah pada tapak kakinya sehingga cedera di mana kedua-dua belah kakinya dipotong kerana diprecayai akibat jangkitan kuman.


Bagi menyelamatkan nyawanya pada pagi 26 April lalu, tangan kanannya yang turut dijangkiti kuman sepatutnya dipotong namun ditangguhkan kerana keadaan jantungnya tidak stabil.


Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia pada pukul 2.05 petang di Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru.


0 comment... add one now