Lebih Utamakan Merakam Daripada Menolong Kanak-Kanak Lemas



Dua video rakaman seorang kanak-kanak lelaki yang disyaki lemas mendapat lebih daripada 1 juta tontonan apabila dimuat naik di Facebook pada 6 Mei lalu. 

Orang ramai mengecam perbuatan seorang pengunjung taman tema air yang merakam kanak-kanak yang terapung di permukaan kolam taman tema air itu.

Dalam video itu, mangsa dilihat terapung di permukaan air namun beberapa pengunjung lain yang melepasi mangsa tidak mempedulikannya atau tidak menyedari keadaan mangsa.

Setelah kira-kira seminit berlalu, mangsa yang jelas dilihat longlai dan tidak bermaya berjaya diselamatkan oleh seorang wanita yang berenang untuk mendapatkan mangsa.

Kemudian, dua orang lelaki turut memberikan bantuan kecemasan terhadap kanak-kanak terbabit.

Pelayar laman Facebook rata-rata menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap tindakan perakam itu yang disifatkan kejam.

Salah seorang juga mengecam lelaki itu dengan berkata, "Merakam video adalah lebih penting daripada menyelamatkan kanak-kanak? Orang yang merakam video ini bodoh."

Sementara seorang lagi pelayar Facebook juga berkata, “Daripada merakam video ini, kenapa kamu tidak menolong kanak-kanak itu? Tiada keperimanusiaan langsung! Semoga Tuhan merahmati kanak-kanak malang ini."


Waktu dan tempat kejadian gagal dipastikan.


0 comment... add one now