Mahukah Anda Daftar Di Kelas Gim Yang Hanya Sediakan Katil Untuk Tidur?



Bagi ibu bapa yang sibuk bekerja dan mendapat kurang tidur, terdapat satu kelas gim yang menyediakan katil untuk anda mandapatkan rehat yang cukup malah tiada aktiviti lain yang disediakan di situ.

Sebuah gim di British yang dinamakan Napercise dibuka dengan tujuan utamanya iaitu membantu golongan ibu bapa yang tidak mendapat rehat yang cukup agar dapat meluangkan masa untuk mereka berehat di gim berkenaan.

Namun, adakah Napercise merupakan jawapan yang tepat untuk masalah dunia global yang mengalami kurang tidur yang secukupnya?

Kelab kesihatan itu mendapat idea untuk mewujudkan kelas Napercise berkenaan setelah kajian mendapati 86% rakyat Britain terdiri daripada ibu bapa dipercayai mengalami keletihan manakala 26% mendapat tidur kurang daripada 5 jam.

Setelah mendapat tahu 19% ibu bapa juga mengaku tidur di tempat kerja sementara 5% pula membuat pengakuan terlupa untuk menjemput pulang anak mereka akibat keletihan.

Oleh sebab itu, pihak gim berkenaan bercadang untuk membuka gim tersebut.

Kelas Napercise telah diadakan untuk membantu ibu bapa yang mendapat kurang tidur, dan bersesuaian dengan matlamat mereka ‘reinvigorate the mind, improve moods and even burn the odd calorie’ yang membawa maksud mencergaskan semula minda, membaikpulih emosi dan juga membakar kalori.

Kajian menunjukkan kebaikan mendapat tidur yang sekejap atau dalam kata erti lain ‘nap’ pada waktu tengah hari, ini dapat mengurangkan stress, mendapat emosi yang lebih baik dan meningkatkan waspada.

Bagi  yang tertanya-tanya mengenai kelas gim ini, ia sememangnya memberi anda ruang untuk tidur di sini dan tidak memerlukan anda melakukan apa-apa aktiviti.

Semua peralatan gim telah diganti dengan katil di mana pengunjung dapat tidur selama 45 minit atau merehatkan badan sebelum menyambung dengan kerja masing-masing.
Suhu studio itu juga diturunkan kepada satu level yang dapat membakar kalori ketika tidur.

Kekurangan Tidur Merupakan Masalah Global Dunia
Kajian pada tahun 2016 menunjukkan stress yang mengganggu diri dalam 100 negara merupakan punca masalah kekurangan tidur secara global ini.
Masalah kekurangan tidur secara kronik merupakan masalah yang serius dan bukan hanya mengakibatkan keletihan dan gangguan emosi namun juga meningkatkan risiko mendapatkan obesiti, diabetes dan penyakit kardiovaskular. 
Lebih teruk lagi, dapat menyebabkan mendapat penyakit asma dan kemurungan.
Buat masa kini, kelas gim Napercise terhad di Britain sahaja tetapi jika berjaya, mereka akan meluaskan lagi cawangan di seluruh negara.




0 comment... add one now