Markah Dipotong Jika Hisap Rokok

Untuk memastikan penjawat awam dapat patuhi syarat-syarat yang ditetapkan sebelum layak dipertimbangkan untuk dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), kerajaan negeri Seremban mencadangkan wujudnya pemarkahan dalam setiap kalangan penjawat awam.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan antara syarat yang disyorkan untuk dipatuhi adalah penjawat awam dilarang menghisap rokok dalam bangunan kerajaan dan kawasan-kawasan larangan merokok.

Jika mana-mana penjawat awam masih bertindak untuk menghisap rokok, markah mereka (merit) berkemungkinan akan berkurangan dan berkemungkinan belum layak dipertimbangkan untuk mendapat APC.

“Seluruh bangunan kerajaan ini tidak boleh hisap rokok. Kadang-kadang saya rasa amat tidak selesa apabila melalui tangga pintu kecemasan, di kawasan itu dipenuhi dengan puntung rokok.

“Tindakan itu sahaja yang boleh diambil bagi memastikan penjawat awam kita mematuhi segala peraturan. Kalau tidak, tiada siapa yang mengambil peduli mengenai larangan tersebut padahal penguatkuasaan ada,” beritahunya lagi dalam satu sidang media setelah Majlis Penyampaian Hadiah Anugerah Medan Selera Cemerlang diadakan di Wisma Negeri semalam.

Majlis itu turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Zainudin Mohd Ali dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Datuk Abd Halim Abd Latiff.

Mohamad memberitahu walau bagaimanapun, ia merupakan hak majikan apabila menjurus kepada pemberian anugerah.

Disyorkan agar peraturan dan syarat sebegini dibuat supaya tidak dilihat menindas sesiapa dan mengelakkan ketidakadilan.

“Seperti APC, untuk benar-benar dapat anugerah tersebut, penjawat awam perlulah memberikan contoh yang baik dalam kalangan rakan sekerja antaranya seperti tidak merokok di kawasan larangan. Syarat sebegini, secara tidak langsung boleh membentuk penjawat awam yang cergas,” tambahnya.

Selain itu, beliau turut memberi nasihat kepada penjawat awam untuk menjaga integriti dengan tidak terlibat dalam apa-apa masalah yang boleh menjurus kepada mencemarkan nama baik diri keluarga dan pasukan penjawat awam.

Katanya lagi, “Elakkan diri terjebak ke tahap seperti pecah amanah. Ini amat mendukacitakan. Maruah penjawat awam mesti pertahankan bersama.”


0 comment... add one now