Maut Dalam Perjalanan Ke Tempat Kerja



Seorang lelaki berusia 46 tahun maut dalam satu kemalangan dalam perjalanannya ke tempat kerja di Kampung Ana, Tumpat pagi tadi.

Kereta jenis Proton Wira dipandu Rozali Othman yang juga merupakan seorang pemandu di Jabatan Kerja Raya (JKR) Pasir Mas pada jam 7.45 pagi tadi terbabas ke dalam parit.

Mangsa berasal dari Kampung Pohon Tanjung, Chabang Empat difahamkan tersepit setelah keretanya terbabas ke dalam parit lalu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.52 pagi itu, jelas Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor, Penolong Penguasa Bomba, Raja Arisan Raja Semail.  


Katanya lagi ketika dihubungi, operasi mengeluarkan mangsa segera dilakukan akan tetapi disahkan telah meninggal dunia. 


0 comment... add one now