Melaka Bukan Lagi 'Malacca'



Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka telah memutuskan nama ‘Malacca’ yang lazim digunakan dalam Bahasa Inggeris tidak akan diguna pakai lagi, sebaliknya akan digantikan dengan nama ‘Melaka’, beritahu Kerajaan Negeri Melaka.

Selaras dengan perubahan berkenaan, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Seri Naim Abu Bakar mengumumkan semua akhbar dan media tidak kira Bahasa Malaysia mahupun Bahasa Inggeris atau akhbar dalam bahasa-bahasa lain hendaklah menggunakan nama ‘Melaka’ dalam karya penulisan mahupun sebutan pada setiap penerbitan mereka.

Katanya lagi dalam satu kenyataan, penyelarasan yang dilakukan adalah untuk menyeragamkan penggunaan nama Melaka sama ada dalam bentuk sebutan atau penulisan dalam semua media khususnya yang berbahasa Inggeris.

Selain itu, beliau juga memberitahu kerajaan negeri amat berharap penyelarasan mengenai penggunaan nama Melaka ini dapat dihebahkan kepada semua pihak yang terlibat dan kerjasama pihak media dalam menyokong penggunaan nama Melaka sangat disanjung tinggi dan dihargai oleh Kerajaan Negeri Melaka.  







0 comment... add one now