Misteri Bau Busuk Di Pangsapuri Terjawab

Sejak beberapa hari yang lalu, misteri bau busuk di sebuah unit pangsapuri yang terletak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras akhirnya terjawab apabila mayat seorang lelaki ditemui di situ.

Mayat berusia 32 tahun itu ditemui dalam keadaan tertiarap, tangannya terikat dan seluruh anggota tubuhnya sudah membengkak, jelas Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin.

Pihak polis yang menemui mayat mangsa di dalam bilik tidur melihat kedua-dua belah pergelangan tangannya diikat menggunakan wayar pengering rambut dan kabel pengecas telefon bimbit.

Kok Sin ketika dihubungi menjelaskan disebabkan mayat mangsa yang dipercayai telah meninggal dunia lebih kurang 4 hari lalu, mereka tidak dapat mengesan kecederaan pada bahagian luaran badan mayat.

Siasatan awal mengesahkan mangsa yang berasal dari Sarawak menyewa di kediaman tersebut seorang diri.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat.



0 comment... add one now