Monyet Liar Berjaya Ditangkap Di Stor Hospital

Seekor monyet jantan liar yang berada di dalam sebuah stor peralatan wad kecemasan Hospital Raub telah berjaya ditangkap oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang.

Menurut Ketua Balai Bomba Raub, Khairul Anuar Yaacob memberitahu kehadiran monyet yang datang dari kawasan hutan belakang hospital tersebut disedari oleh kakitangan hospital pada jam 9.10 pagi.

Tambahnya lagi, monyet liar itu masih berusaha untuk melepaskan diri ketika cuba ditangkap walaupun kelihatan agak kepenatan.


Usaha penangkapan monyet secara manual itu mengambil tempoh lebih kurang 4 minit oleh pasukan bomba kerana dikhuatiri mencederakan haiwan itu sekiranya menggunakan penjerut.

Pada masa yang sama, stor berkenaan dikunci oleh pihak mereka untuk mengelakkan monyet tersebut terlepas dan mengepung kawasan itu secara perlahan-lahan untuk mengecilkan ruang haiwan itu bergerak.


Sebanyak 6 lagi anggota bomba ditambah dalam operasi menangkap monyet itu, yang kemudiannya dilepaskan di kawasan hutan yang agak jauh dari kawasan perumahan. 


0 comment... add one now