Padah Ambil Kafein Berlebihan


Seorang remaja lelaki di Carolina Selatan, Miami meninggal dunia dua jam setelah minum kopi, kafein dan soda penambah tenaga. Berita ini sekaligus mencetuskan amaran tentang risiko akibat mengambil kafein secara berlebihan. 
Difahamkan dalam kenyataan yang dijelaskan oleh pejabat koroner Daerah Richland, lelaki yang bernama Davis Allen Cripe meninggal dunia 26 April lalu kerana masalah sakit jantung dipenuhi kafein yang mengakibatkan aritimia. 
Cripe telah meminum cafe latte, Diet Mountain Dew besar dan minuman tenaga dua jam sebelum jatuh pengsan. 
Kejadian seperti ini sungguh luar biasa, jelas Koroner Daerah Richland, Gary Watts.
Cripe pitam 15 minit setelah mengambil minuman bertenaga itu seterusnya faktor tempoh masa beliau meminum sejumlah besar kafein yang memberi kesan terhadap jantungnya. 
Selaras dengan insiden berkenaan, Pentadbiran Makanan dan Ubat Amerika Syarikat mencadangkan kepada orang dewasa agar mengambil tidak lebih 400 mg kafein sehari, bersamaan empat atau lima cawan kopi.
Diingatkan bukan hanya orang dewasa sahaja yang perlu berhati-hati mengambil kafein, ibu bapa juga perlu mengetahui risiko terhadap kanak-kanak dan remaja yang mengambil kafein. 
Jurucakap Pusat Racun Palmetto, Jill Michels, mengingatkan semua ibu bapa agar mengambil masa untuk memberitahu anak-anak tentang bahaya minuman berkafein ini.


0 comment... add one now