Padah Nyalakan 'Lighter' Di Stesen Minyak



Seorang lelaki di Kazakhstan belajar ‘cara susah’ mengapa sumber api dilarang sama sekali menghampiri bahan mudah terbakar.

Lelaki itu pada awalnya sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak yang terletak di bandar Taraz di Jambyl, Kazakhstan.

Dengan alasannnya untuk mengetahui sama ada tangki minyaknya sudah penuh, dia kemudian menyalakan pemetik api menurut laporan Malaysian Digest.

Sejurus itu, rakaman CCTV menunjukkkan kebakaran berlaku di situ dan akibat perbuatannya, dua buah lagi kenderaan milik pengunjung stesen minyak tersebut turut terbakar.

Di akhir video itu, asap putih kelihatan berkepul-kepul kerana beberapa orang individu yang dipercayai kakitangan stesen minyak itu bertindak pantas menggunakan pemadam api untuk memadamkan api yang semakin marak.

Perbuatan lelaki itu medapat kecaman yang hebat di media sosial setelah rakaman CCTV itu menjadi viral.  

Seorang wanita di Facebook memberi pandangannya mengenai kejadian itu dengan memberi komen, “Betul-betul bodoh, budak kecil pun tahu jangan main api di stesen minyak.” 

Menurut pakar, lelaki itu dipercayai menggunakan minyak diesel kerana kebakaran yang berlaku tidak seteruk kebakaran yang berpunca daripada minyak petrol. 


0 comment... add one now