Pasangan Gay Menyamar Perempuan, Mangsa Rugi RM16,000

Beberapa orang lelaki yang menjadi
mangsa penipuan 2 orang lelaki gay yang menyamar menjadi perempuan telah
kerugian hampir RM16,000. 
Kegiatan pasangan songsang itu akhirnya terbongkar
kerana didedahkan oleh seorang pengguna Facebook.
Identiti sebenar pasangan gay itu
telah didedahkan melalui kemaskini status yang dimuat naik oleh Manna Melynna
untuk mengelakkan lagi lebih ramai lelaki yang menjadi mangsa helah mereka yang
bertopengkan ‘wanita tulen’.
Menurut Manna, kedua-dua lelaki
tersebut memperdaya mangsa mereka menerusi akaun Facebook dengan nama Chinta
ChanduRi dan Syarifah Syakilla.
Mereka mengeluarkan kata-kata
manis sehingga berjaya memperdayakan mangsa.
Difahamkan mereka menyamar
menjadi Chinta Chanduri dan Syarifah Syakilla mengatakan janda anak satu,
bercerai kerana dipukul suami untuk menagih simpati orang lain.
Bukan itu sahaja, mereka turut
mempelawa mangsa untuk bertunang atau berkahwin lalu diminta untuk memberi wang
supaya dapat membeli cincin tunang/kahwin.
Manna dalam akaun Facebooknya
juga memuat naik sebuah rakaman video dan gambar-gambar pasangan gay itu
berpelukan antara satu sama lain serta beberapa resit transaksi pemindahan wang
ke dalam akaun bernama Syukran Sabrin Shukri, dipercayai milik salah seorang
daripada suspek.
Kebanyakan mangsa kepada penipuan
pasangan gay ini terdiri daripada orang Melayu dan warga asing terutamanya dari
Indonesia. Mereka mengalami kerugian wang antara RM7,000 sehingga RM16,000.
Lebih memeranjatkan lagi, suspek
berumur 23 tahun itu mendakwa dirinya ‘disihir’ oleh seseorang di mana kesan
sihir itu mengakibatkan suspek masuk ke dalam badan seorang lelaki setelah
kegiatan pasangan itu terbongkar.
“Ubatnya untuk kembali ke susuk
tubuh asal adalah dengan cara meminum sperma orang yang dia suka.
Manna juga memberitahu, “Secara berdepan, saya agak terkejut
kerana dia memang pandai buat-buat (meniru) suara perempuan.”
Difahamkan, kedua-dua suspek telah diserahkan kepada polis untuk
siasatan lanjut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *