Pelajar Cuba Mengelak Anjing Maut



Mangsa berusia 16 tahun yang dipercayai cuba untuk mengelak anjing yang melintas secara tiba-tiba terlibat dalam sebuah kemalangan pada jam 12.05 pagi tadi kerana hilang kawalan.  

Muhamad Naziem Mohd A’sari yang menunggang motosikalnya seorang diri berasal dari Taman Aman dan dalam perjalanan menuju ke Paya Besar dari arah Taman Kucai.

Ketika di lokasi kejadian, pelajar itu hilang kawalan lalu dipercayai terjatuh dan terbaring di atas jalan raya lalu dilanggar oleh sebuah motosikal dari arah bertentangan kerana tidak sempat menekan brek.

Kemalangan yang melibatkan 2 motosikal berlaku di Jalan Paya Besar, Lunas yang terletak di Kulim.

Menurut sumber yang enggan dikenali, keadaan jalan raya ketika kejadian biasa sahaja namun secara tiba-tiba anjing itu melintas jalan yang mengakibatkan mangsa cuba mengelak tetapi gagal dan terus melanggar haiwan itu sebelum terbabas.

Sementara itu, seorang lagi penunggang motosikal berusia 18 tahun, seorang pekerja stesen minyak mengalami cedera ringan  kerana pelanggaran tersebut.


Susulan itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Baruddin Wariso memaklumkan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kulim untuk dijalankan bedah siasat sebelum diserahkan kepada waris. 


0 comment... add one now