Pelajar Matrikulasi Meninggal Dunia Terkena Renjatan Elektrik


Seorang gadis berusia 19 tahun yang menuntut di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Pongsu Seribu meninggal dunia kerana terkena renjatan elektrik malam tadi.
Lebih memilukan, dia sepatutnya menamatkan pengajiannya dalam aliran sains hanya dalam dua hari lagi.
Mangsa, Siti Nor Manisya Muhammad Azmi Prem Kumar dipercayai terkena renjatan pada bahagian ibu jari kiri berdasarkan kesan kecederaan dalam kejadian 8.30 malam itu.
Sebelum kejadian itu, ibu mangsa, Norsiah Shaari, 52, memberitahu dia sempat meluangkan masa bersama-sama anak keduanya menikmati makanan semasa di kafeteria pusat matrikulasi tersebut.

Setelah kira-kira dua jam kemudian, dia dikejutkan dengan berita Siti Nor Manisha terkena renjatan elektrik dan berada di Hospital Kepala Batas (HKB). 


0 comment... add one now