Pelajar UiTM Dibunuh, Tukang Masak Ke Tali Gantung

Kerana
didapati bersalah membunuh seorang pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara
(UiTM) Pulau Pinang dua tahun yang lalu, Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan seorang
tukang masak dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Selepas
pembelaan tertuduh, Syarafi Abu, 27, gagal menimbulkan keraguan munasabah
terhadap kes pendakwaan, Pesuruhjaya Kehakiman Mohamed Zaini Mazlan memutuskan
demikian.

Keputusan
yang dilakukan dalam penghakimannya itu telah mengambil kira semua hujahan dan
penjelasan yang terperinci daripada pihak pendakwaan dan pembelaan, jelas
Mohamed Zaini.

“Justeru
kamu, Syarafi didapati salah dan sabit membunuh Nursyuhada Johari.

“Tiada
hukuman lain yang diperuntukkan mengikut Seksyen 320 Kanun Keseksaan selain
hukuman gantung. Oleh itu kamu akan digantung di leher sehingga mati,”
katanya.

Kes
ini berlaku kira-kira jam 11.55 pagi 2 Februari 2015 di Kilometer 228.2, Lebuh
Raya Utara Selatan apabila Syarafi yang bekerja di Melaka didapati membunuh
pelajar Diploma Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Nursyuhada Johari, 20.

Tertuduh
diwakili peguam, Datuk Naran Singh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan
yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Sepanjang
perbicaraan dilangsungkan, pihak pembelaan menampilkan dua orang saksi termasuk
tertuduh manakala Timabalan Pendakwa Raya, Yusaini Amer Abdul Karim, Mohd Amril
Johari dan Mohd. Azrul Faidz yang mengendalikan pendakwaan memanggil 16 orang saksi. 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *