Penerbit David Teo Ditampar Mat Over


Dalam majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Bersama Perdana Menteri Segmen Penggiat Seni, keadaan menjadi kecoh apabila pelawak Sulaiman Yasin atau dikenali sebagai Mat Over menampar penerbit David Teo yang mula menjadi viral di media sosial. 


Kekecohan berlaku di saat David mempertikai gaya moderator, Datuk Rosyam Noor mengendalikan segmen sembang.


Bukan itu sahaja, David juga mendakwa Rosyam sering memberi peluang bertanya di bahagian tertentu sahaja dan ini menjadi tidak adil kepada peserta yang hadir.


Di pihak Rosyam pula, Rosyam meminta David agar tidak mempertikai caranya mengendalikan segmen sembang berkenaan dan menasihati penerbit itu untuk menjaga adab di hadapan Perdana Menteri.


Sejurus itu, Mat Over dengan tiba-tiba muncul daripada tempat duduk penonton meluru ke arah David Teo lalu berkata "Jangan kurang ajar depan Perdana Menteri!" sebelum menampar penerbit itu.


Selepas itu, beberapa anggota polis dan rakan artis bertindak meleraikan keadaan itu.


Datuk Rosyam Nor selepas itu meneruskan dialog yang dikendalikannya seperti biasa.


Dalam Dialog TN50 Bersama Perdana Menteri: Segmen Pengiat Seni yang berlangsung di Seri Perdana ini, seramai 300 orang yang terdiri daripada pelakon, penyanyi, pengacara tv dan selebriti agama yang hadir.




0 comment... add one now