Penyu Usia 30 Tahun Tersangkut Di Jaring Stesen Janakuasa Elektrik

Operasi
menyelamatkan seekor penyu dewasa yang tersangkut pada jaring dandang sebuah
stesen janakuasa elektrik di Port Dickson mengambil masa kira-kira dua jam
setelah berjaya diselamatkan oleh anggota bomba.

Pihak
bomba yang melakukan operasi menyelamat itu diketuai oleh Ketua Operasi,
Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Abdul Rahim
Atan.

Katanya,
“Penyu yang berjaya diselamatkan kemudiannya dilepaskan semula ke laut.”

Memandangkan
kejadian berlaku di air, operasi berkenaan dilakukan menggunakan sistem tali
air dan terpaksa mengalami sedikit kesukaran kerana dalam masa yang sama
terdapat arus air pasang.

Berdasarkan
saiz penyu itu, ia dipercayai berusia sekitar 30 tahun dan berasal dari spesies
Karah.

Operasi menyelamat ini
melibatkan sebanyak 7 orang termasuk seorang pegawai. 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *