Perbezaan Asasi, Matrikulasi, Diploma dan Tingkatan 6



















Pelajar-pelajar lepasan SPM pastinya sering keliru untuk membuat pilihan sama ada ingin menyambung ke program Asasi IPTA / Matrikulasi / Diploma IPTA / Tingkatan 6
Bagi calon lepasan SPM yang ingin mengetahui beza keempat-empat program ini, berikut merupakan serba sedikit informasi yang boleh anda jadikan sebagai panduan hala tuju hidup anda setelah selesai peperiksaan SPM.


TINGKATAN 6 / FORM 6

  • Diiktiraf untuk kemasukan ke kebanyakan universiti di seluruh dunia
  • Sijil SPTM boleh digunakan untuk bekerja dengan kerajaan ataupun swasta dengan syarat memperoleh 4 prinsipal / 3 prinsipal 2 subsid mana-mana yang terpakai berdasarkan prinsipal terendah
  • Pointer STPM dikira jumlah kesemua pointer subjek diambil bahagi dengan 4 sahaja. Walaupun subjek yang diambil hanya 4 namun bebannya lebih sukar disebabkan pelajaran yang amat mendalam dalam setiap subjek. Jika dapat pointer 3.00 ke atas sudah dikira okay kerana taraf akademiknya amat hampir dengan universiti.
  • Setiap subjek majoriti dikehendaki mengambil 4 kertas / bahagian bergantung mengikut subjek masing-masing.

MATRIKULASI

  • Terbahagi kepada dua, Program Satu Tahun (2 semester) dan Program Dua Tahun (4 semester).
  • 3 pilihan sama ada aliran sains, perakaunan atau teknikal.
  • Bagi aliran sains, terdapat 3 modul yang disediakan iaitu:
  1. Modul I : Matematik, Kimia, Fizik, Biologi
  2. Modul II : Matematik, Kimia, Fizik dan Sains Komputer
  3. Modul III : Matematik, Kimia, Biologi dan Sains Komputer
  • Bagi aliran perakaunan pula,  pelajar akan mempelajari subjek Matematik, Perakaunan, Pengurusan Perniagaan dan Ekonomi.
  • Bagi aliran teknikal, subjek-subjek yang dipelajari ialah Matematik, Kimia Kejuruteraan, Fizik Kejuruteraan, dan Pengajian Kejuruteraan
  • Sukatan pelajaran bersifat lebih terbuka.
  • Bagi yuran dan jumlah elaun yang diterima, sebaiknya anda periksa terus di official website Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengetahui maklumat yang sahih
  • Lulusan program Matrikulasi yang ingin menyambung ke peringkat ijazah hendaklah memohon melalui UPU .
  • Pelajar-pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang mempunyai peluang lebih cerah bagi menyambung program yang diminati manakala yang sederhana pula berkemungkinan akan mendapat program pengajian yang tidak digemari atau sering disebut sebagai ‘dilelong’.

ASASI IPTA
  • Mengambil masa antara 1-2 tahun
  • Universiti Malaya (UM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mempunyai program-program asasinya tersendiri.
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM) menyediakan 4 program asasi di Pusat Asasi UiTM Dengkil iaitu Asasi Kejuruteraan, Asasi Sains, Asasi Undang-Undang dan Asasi Tesl.
  • Universiti-univerisiti lain yang mempunyai program asasi ialah Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
  • Mengenai yuran pengajian dan jumlah elaun yang diterima, sebaik-baiknya pelajar sendiri periksa terus di official website universiti masing-masing supaya memperoleh  maklumat yang tepat.

  • Lulusan program Asasi UM dan Asasi UiTM masih perlu memohon menerusi UPU atau bagi mengikuti program peringkat ijazah namun mereka akan diberi keutamaan untuk memasuki ke universiti program asasi mereka.
  • Sementara itu, lulusan program asasi yang lain akan diserapkan terus ke program peringkat ijazah universiti berkenaan jika memenuhi syarat dan kelayakan yang telah ditetapkan.


DIPLOMA


  • Program ini dikendalikan oleh pihak universiti sendiri
  • Biasanya mengambil masa 3 tahun
  • Kursus pada peringkat diploma telah dikhususkan sejak awal lagi kepada bidang-bidang tertentu jadi pelajar dapat merancang masa depan kerjaya dengan lebih tepat
  • Anda perlu membuat research untuk mengetahui universiti-universiti yang menawarkan program pengajian peringkat diploma tetapi kebanyakan IPTA menawarkan program dilploma ini
  • Mengenai jumlah bayaran pengajian, jumlah yang perlu dijelaskan bergantung kepada jurusan dan universiti berkenaan sewaktu mendaftar
  • Pelajar-pelajar boleh memohon biasiswa atau pembiayaan lain seperti PTPTN bagi menampung kos pembelajaran
  • Pelajar lulusan diploma boleh terus bekerja sekiranya mahu sebaliknya boleh menyambung pelajaran ke peringkat ijazah.
  • Namun, jika syarat dan kelayakan yang ditetapkan dapat dipenuhi, terdapat juga universiti yang menyerap terus lulusan diploma mereka ke peringkat ijazah.


RUMUSAN:


Kami mengucapkan selamat maju jaya bagi anda untuk membuat pilihan yang tepat untuk masa depan anda sendiri. 

Bagi umat Islam, lakukanlah solat sunat Istikharah agar dapat buat pilihan yang terbaik.



0 comment... add one now