Polis Buru Suspek Larikan MPV Polis



Suspek berusia 39 tahun bersama anak saudaranya yang berusia 17 tahun cuba untuk memecah masuk sebuah gudang di Batu Caves namun kegiatan yang mereka lakukan pada jam 5.30 pagi itu dapat dikesan oleh pemilik gudang itu sendiri.

Polis terus bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan dan berjaya memberkas suspek bersama anak saudaranya, beritahu Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad.

Akan tetapi dalam suasana yang kelam kabut, suspek bertindak melarikan kereta peronda polis (MPV) lalu meninggalkan kenderaan itu di susur keluar Lebuh Raya KL-Kuala Selangor (LATAR). 

Kenderaan itu akhirnya berjaya ditemui semula setelah setengah jam kemudian. 

Ali memaklumkan bahawa suspek mempunyai banyak rekod jenayah lampau dan ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) selepas siasatan dijalankan. 

Sementara itu, sisasatan terperinci masih dijalankan termasuk prosedur operasi standard anggota bertugas. 

Pihak polis juga yakin dapat menangkap suspek dama masa yang terdekat.

Tambahnya lagi, kes ini disiasat mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan.


0 comment... add one now