Rafizi Berhasrat Menjadi Ketua Audit Negara



Jika Pakatan Harapan berjaya memerintah negara pada PRU-14 nanti, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli ingin menjadi Ketua Audit Negara. 

Sekiranya diberi peluang, beliau berhasrat untuk mendapatkan jawatan tersebut kerana ingin menyiasat tentang 1MDB dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beritahu Rafizi. 

Menurutnya, dirinya mungkin akan dikenakan hukuman penjara tidak lama lagi dan tidak mungkin akan bertanding dalam PRU kali ini. 

Seperti yang disiarkan dalam Sin Chew Daily, Rafizi memberitahu hanya ingin memegang jawatan sebagai Ketua Audit Negara jika Pakatan Harapan dapat menumbangkan kerajaan BN. 

Dalam satu majlis makan malam anjuran DAP yang berlangsung di Petaling Jaya di Selangor pada Sabtu lalu, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang juga mengatakan ramai rakyat Malaysia yang berbangga dilahirkan sebagai rakyat Malaysia namun segalanya berubah setelah skandal 1MDB terbongkar. 

Tambah Kit Siang lagi, ramai rakyat negara kita pada hari ini akan berasa malu semasa berada di luar negara kerana sentiasa ditanya mengenai isu 1MDB oleh rakyat negara asing. 

Ahli Parlimen Gelang Patah ini juga akan meneruskan perjuangannya dalam arena politik memandangkan Pengerusi Bersatu iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad walaupun sudah berusia 91 tahun masih lagi bertenaga untuk meneruskan kariernya sebagai seorang ahli politik. 

Menurut Kit Siang, Tun Mahathir dilihat lebih rajin daripada dirinya sendiri kerana mampu berceramah di seluruh negara selain berjaya memasuki kawasan-kawasan yang tidak pernah dimasuki oleh parti pembangkang. 


0 comment... add one now