Remaja 14 Tahun Dirogol Akibat Jumpa Kenalan WeChat



Baru sahaja berkenalan dengan seorang lelaki melalui aplikasi WeChat, seorang remaja perempuan mengambil keputusan berani untuk keluar bersama lelaki itu.

Akibat tersilap membuat keputusan itu, dia telah dirogol sehingga mengandung dalam kejadian di sebuah rumah yang terletak di Manir, Terengganu pada tahun lalu.

Mangsa yang berusia 14 tahun itu mengambil keputusan untuk melaporkan hal ini kepada polis di Balai Polis Manir pada Khamis lalu kerana lelaki berkenaan gagal dihubungi setelah dia disahkan mengandung 5 bulan.

Tragedi hitam itu dipercayai terjadi November lalu setelah mangsa bertindak berani menerima pelawaan suspek yang baru sahaja dikenalinya menerusi aplikasi WeChat.

Suspek mempelawa mangsa untuk keluar berjalan-jalan bersamanya di sekitar Pulau Warisan.

Dia memberitahu suspek membawanya ke sebuah sekolah rendah di Chabang Tiga sebelum berjalan-jalan di sekitar Pulau Warisan dengan menaiki motosikal.

Sejurus selepas itu, suspek membawa mangsa pergi ke sebuah rumah di Manir sebelum merogolnya.

Kemudian, mangsa dihantar ke tempat yang sama di mana mangsa mengambilnya sebelum ini.

Namun begitu, suspek dilihat berubah sikap ketika cuba melarikan diri dengan langsung tidak menghubungi dan tidak mahu berjumpa dengan mangsa setelah kejadian itu berlaku.

Mangsa yang terasa dirinya dianiaya dan dipermainkan mengambil keputusan untuk terus membuat laporan polis supaya tindakan susulan dapat dibuat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian.


Siasatan sedang dijalankan buat masa ini mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.


0 comment... add one now