Remaja 18 Tahun Berjaya Cipta Satelit Terkecil Dunia Untuk NASA


Satelit terkecil dan paling ringan di dunia dinamakan 'KalamSat' telah dicipta oleh seorang remaja lelaki yang berasal dari bandar Pallapatti di India. 
Rekaan satelit oleh remaja berusia 18 tahun itu telah diiktiraf oleh National Aeronautics and Space Administration (NASA) dan NASA akan melancarkan satelit ciptaan remaja yang bernama Rifath Sharook itu pada 21 Jun ini. 
'KalamSat' dinamakan bersempena dengan nama saintis nuklear dari India dan bekas Presiden APJ, Abdul Kalam. 
Projek pertama Sharook yang dihasilkan melalui lukisan 3D telah dipilih dalam satu pertandingan yang disertainya.
Pertandingan itu dianjurkan oleh NASA dan 'I Doodle Learning' bertema 'Cubes in Space'. 
Sharook memberitahu The Times of India, fungsi utama satelit ciptaannya itu adalah untuk menunjukkan keberkesanan gentian fiber 3D bercetak di mana satelit itu akan beroperasi selama 12 minit dalam keadaan mikro graviti di angkasa lepas. 
Katanya lagi, cabaran utama yang dihadapinya dalam eksperimen ini adalah untuk membina satu rekaan yang dimuatkan dalam satu bentuk kubus seberat 64g sahaja untuk dilepaskan ke angkasa lepas. 
Selain itu, satelitnya itu dibina menggunakan sensor yang berfungsi untuk mengukur kelajuan dan putaran magnetosfera bumi. 
Eksperimen Sharook dibiayai oleh satu organisasi yang dinamakan sebagai 'Space Kidz India'. 
Sharook juga merupakan subscriber Kelab Remaja Kanak-Kanak NASA dan sememangnya mempunyai minat yang mendalam terhadap angkasa lepas. 


0 comment... add one now