Remaja Lelaki Meninggal Dunia Akibat Kencing Tikus

Datuk Ayub Rahmat
Datuk Ayub Rahmat
Seorang remaja lelaki yang berasal dari Pekan Nanas, Pontian, 18, disahkan meninggal dunia akibat leptospirosis atau dikenali sebagai kencing tikus di Hospital Sultanah Aminah (HSA) tengah malam tadi.


Kira-kira jam 12 tengah malam tadi, Exco Kesihatan Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri, Datuk Ayub Rahmat memberitahu remaja itu meninggal dunia semasa menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSA.


Siasatan lanjutan masih dijalankan berkaitan dengan pergerakan mangsa sebelum ini namun remaja itu dikatakan mandi di Air Terjun Gunung Pulai, Kulai pada bulan lalu.


Tambahnya lagi, Jabatan Kesihatan Negeri Johor memaklumkan tentang berita kematian seorang remaja sekitar pukul 12 tengah malam tadi di HSA akibat kencing tikus dan kegagalan organ berfungsi.


Ayub memberitahu mangsa dimasukkan ke hospital setelah menghadapi sakit perut, selsema, demam selama tiga hari dan lemah anggota badan.

Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia setelah tiga hari berada di ICU HSA.


Kepada semua pengunjung mana-mana air terjun atau pusat rekreasi sekitar April dan Mei ini, dinasihatkan agar mendapatkan pemeriksaan lanjut di hospital dan klinik kesihatan dengan kadar yang segera, beritahunya lagi.


0 comment... add one now