Remaja Minum Racun Akibat Putus Cinta


Lokasi kejadian seorang remaja dipercayai minum racun di Nilai
Tindakan seorang lelaki yang meninggal dunia setelah dikatakan dipaksa minum racun sebenarnya melakukan demikian kerana putus cinta.

Polis mempercayai tindakannya itu atas kerelaannya sendiri.

Penemuan baharu itu adalah hasil keterangan daripada seorang saksi yang juga rakan baik remaja berusia 15 tahun itu, beritahu Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin.

Saksi yang sebaya dengan remaja itu telah menceritakan kejadian sebenar semasa memberi keterangan kepada polis di Balai Polis Nilai malam semalam.

Saksi memberitahu kira-kira pukul 2 petang pada 26 April lalu, dia berjumpa dengan mangsa di belakang sebuah pasar raya dan melihat rakannya membawa botol air mineral bersamanya.

Botol air itu mengandungi cecair biru dan turut memberitahu ingin minum cecair itu yang dipercayai racun akibat cintanya ditolak.

Dalam sidang media di Balai Polis Nilai hari ini, saksi menceritakan mangsa tidak mengendahkan nasihatnya walaupun telah dihalang lalu masuk ke kawasan kebun getah berdekatan Stesen Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) Nilai.

Sebelum ini, mangsa dikatakan dipaksa minum racun oleh sekumpulan ramaja lain pada 26 April lalu.

Sehari kemudian, mangsa dimasukkan ke dalam Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.

Kira-kira jam 9.30 malam kelmarin, dia disahkan meninggal dunia di HTJ.

Zaldino juga memaklumkan bahawa saksi mengaku memberitahu ibu bapa mangsa dengan mengatakan anak mereka dipaksa minum racun kerana takut mereka memarahinya.


Siasatan polis masih dijalankan tetapi setakat ini, keluarga mendiang tidak memberi kerjasama kepada polis mengakibatkan pihaknya akan menggunakan Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah bagi mendapatkan keterangan mereka.


0 comment... add one now