Rusia, Iran Dan Turki Bekerjasama Wujud Zon Selamat Di Syria



Russia, Iran dan Turki memeterai satu perjanjian bagi menubuhkan empat zon selamat di Syria
Satu perjanjian telah dimeterai oleh tiga negara iaitu Russia, Iran dan Turki bagi menubuhkan empat zon selamat di Syria.

Perjanjian itu disambut baik oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyifatkannya sebagai cara terbaik bagi mengurangkan kesan perang selama enam tahun tersebut.

Pada masa yang sama, Amerika Syarikat (AS) menyuarakan kebimbangan mereka mengenai peranan Iran tetapi berharap perjanjian itu dapat membuka ruang untuk menyelesaikan konflik berkenaan.

Semasa berlangsungnya majlis menandatangani perjanjian itu, beberapa delegasi puak pemberontak dilaporkan membuat bantahan terhadap Iran, iaitu sekutu rejim Bashar al-Assad dengan meninggalkan mesyuarat berkenaan.

Selain itu, rancangan bagi mewujudkan kawasan itu yang bertujuan untuk ‘meredakan konflik’ juga dibincangkan dalam perbualan telefon antara Presiden AS, Donald Trump dan Presiden Russia, Vladimir Putin.

Dalam perjanjian itu, satu gencatan dan sekatan digariskan terhadap semua penerbangan serta penghantaran segera bantuan kemanusiaan ke kawasan-kawasan yang telah ditetapkan.

Bukan itu sahaja, peluang bagi pelarian untuk kembali ke kampung asal masing-masing juga disertakan sekali.


Dalam masa yang sama, perjanjian berkenaan disambut baik oleh Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres sambil menyatakan kepentingan ia dilaksanakan bertujuan untuk memperbaiki kehidupan penduduk Syria. 


0 comment... add one now