Sambutan Hari Pekerja Menjadi Ganas



Penunjuk perasaan membaling batu ke arah polis anti-rusuhan pada demonstrasi sambutan Hari Pekerja di Paris

Menjelang pusingan kedua pilihan raya tidak lama lagi, perarakan sempena sambutan Hari Pekerja bertukar ganas di Perancis dengan calon presiden, Emmanuel Macron, menyelar pencabarnya, Marine Le Pen.

Semasa puluhan ribu aktivis kesatuan sekerja mengadakan demonstrasi itu, 6 orang anggota polis telah tercedera antara belia bertopeng yang membaling bom api.

Dalam pada itu, polis pencegah rusuhan bertindak balas dengan menggunakan gas pemedih mata.

Susulan itu, seorang jurugambar AFP menyaksikan seorang anggota polis pencegah rusuhan dijilat api.

Matthias Fekl selaku Menteri Dalam Negeri mengutuk keganasan itu dan memberitahu akibat kejadian itu, salah seorang pegawai mengalami lecur teruk di tangan sementara seorang lagi terbakar di muka.

Le Pen memberi reaksinya dalam Twitter mengatakan, "Ini adalah kekecohan yang saya tidak mahu lihat lagi di jalan raya kita."


Macron dalam ucapannya mengatakan kepada ribuan penyokongnya bahawa beliau akan mempertahankan “demokrasi bebas” jika pengundi memilihnya Ahad ini setelah Le Pen menggesa pengundi menolak “unia kewangan, kesombongan dan menjadikan wang sebagai raja” seperti ditunjukkan lawannya.


0 comment... add one now