Sebab Kenapa Anda Sepatutnya Berhenti Makan ‘Popcorn’ Di Wayang



Setiap kali anda menjejakkan kaki ke pawagam untuk menonton wayang, pastinya makanan yang akan menemani anda ialah ‘popcorn’.

Rata-rata pawagam di seluruh negara semestinya akan menyediakan jualan ‘popcorn’ di kaunter untuk anda bawa masuk ke pawagam sambil menonton wayang.

Satu fakta yang memang ramai tidak tahu mengenai ‘popcorn’ ini ialah makanan ringan ini tidak berkhasiat dan tidak sihat bagi sesiapa yang memakannya.

Dalam beberapa kajian yang telah dilakukan di pawagam tempatan di luar negara mengenai pengiraan kalori ‘popcorn’ yang dijual di pawagam, hasil keputusannya sangat mengejutkan.

Sebagai contoh, satu bekas ‘popcorn’ kecil tanpa mentega mengandungi 225 kalori dan 11g lemak manakala satu bekas ‘popcorn’ sederhana mengandungi 430 kalori dan 20g lemak.

Satu bekas ‘popcorn’ besar pula tanpa mentega mengandungi 1,030 kalori dan 41g lemak.

Beralih kepada sebuah lagi pawagam lain yang menjual ‘popcorn’, kandungan kalori untuk satu bekas ‘popcorn’ kecil tanpa mentega mengandungi antara 325 kalori dan 27g lemak sehingga 670 kalori dan 34g lemak.

Tidakkah anda tahu fakta itu semuanya berdasarkan ‘popcorn’ tanpa mentega?

Mentega yang dimaksudkan adalah cecair yang berwarna kuning dan sememangnya sedap apabila dimakan bersama ‘popcorn’ anda.

Apa yang ada sebenarnya dalam mentega itu?

Ia mengandungi sebilangan minyak kacang soya yang telah diwarnakan dan mempunyai perisa manakala setiap sudu kecil mengandungi kira-kira 130 kalori dan sejumlah trans lemak.

Mengikut kajian, jika anda memilih untuk membeli ‘popcorn’ bersaiz sederhana dimakan sekali dengan air soda, itu sahaja sudah mengandungi 1,610 kalori bersamaan dengan 4 ‘scrambled egg’ sekaligus dengan keju dan 4 sosej.

Dapat anda bayangkan betapa banyaknya jumlah kalori yang terdapat dalam ‘popcorn’ yang anda makan itu?

Jadi, tanyalah diri sendiri adakah anda akan sentiasa menjadikan ‘popcorn’ sebagai peneman anda ketika berada di wayang selepas ini?


0 comment... add one now