Senarai Ranking Universiti Terbaik Malaysia 2017 (IPTS & IPTA/UA)


Di sini kami sediakan ranking universiti terbaik Malaysia 2017 mengikut penilaian oleh QS University Rankings: Asia 2016 dan QS World University Rankings 2016/2017. 

Untuk pengetahuan anda, penilaian yang dilakukan ini berdasarkan 4 aspek utama yang penting untuk pelajar-pelajar iaitu penyelidikan, pengajaran, kebolehpasaran graduan dan pengantarabangsaan (internationalization).

Senarai di bawah menyenaraikan top 20 universiti awam (UA) dan swasta terbaik Malaysia berdasarkan ranking terbaharu Asia. 

Di sini juga kami sertakan ranking dunia bagi universiti-universiti yang tersenarai.

Rank Malaysia
Rank Asia (2016)
Rank Dunia (2016/2017)
Nama Universiti
1
27
133
Universiti Malaya (UM)
2
49
270
Universiti Putra Malaysia (UPM)
3
51
330
Universiti Sains Malaysia (USM)
4
55
302
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
5
63
288
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
6
127
601-650
Universiti Teknologi Petronas (UTP)
7
137
701+
Universiti Utara Malaysia (UUM)
8
151
601-650
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
9
179
--
Taylor's University
10
181
701+
Universiti Teknologi MARA - UiTM
11
193
--
Multimedia University (MMU)
12
211-220
--
University Malaysia Sabah (UMS)
13
221-230
--
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
14
251-300
--
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
15
251-300
--
Limkokwing University of Creative Technology
16
251-300
--
Universiti Malaysia Pahang (UMP)
17
251-300
--
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
18
251-300
--
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
19
251-300
--
Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
20
301-350
--
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)


Kami berharap info di atas berguna buat anda semua.

Semoga anda membuat pilihan yang terbaik mengikut pilihan bidang masing-masing. Jangan lupa pastikan kursus yang anda pilih mendapat pengiktirafan oleh JPA / MQA.

Untuk semak, sila klik link ini: https://app.mohe.gov.my/iktiraf/semakan.php?pg=2

Tahukah anda mengapa penting untuk memastikan kursus/kelayakan anda diiktiraf JPA?

Sebab jika kursus yang anda pilih itu diiktiraf JPA, kerajaan dapat melantik calon yang berkelayakan yang telah diiktiraf oleh kerajaan Malaysia (melalui JPA) untuk berkhidmat di sektor awam.

Bukan itu sahaja, rugi jika anda penat-penat habiskan masa, tenaga dan duit untuk further study tapi akhirnya kelayakan (sijil / diploma / ijazah) anda ‘tak laku’ sebab tak diiktiraf JPA.


0 comment... add one now