Siapakah Dalang Serangan WannaCry Ransomware?



Sejak Jumaat lalu, serangan ransomware global telah menjejaskan hampir 300,000 sistem di 150 buah negara di seluruh dunia.

Selari dengan itu, penyelidik keselamatan siber mendakwa menemui beberapa petunjuk yang mengaitkan Korea Utara dengan serangan berkenaan.

Beberapa kod versi perisian WannaCry juga muncul dalam program yang digunakan oleh firma Kumpulan Lazarus yang dikenal pasti sebagai operasi penggodam dari Korea Utara, beritahu pengeluar perisian, Symantec dan Kapersky Lab.

Penyelidik Kapersky Lab, Kurt Baumgertner turut memberitahu setakat ini, ia merupakan petunjuk terbaik mengenai asal usul virus WannaCry.

Namun, kedua-dua syarikat menjelaskan masih terlalu awal bagi mereka untuk menuduh Pyongyang terbabit dengan serangan tersebut.

Agensi penguatkuasaan undang-undang di seluruh dunia termasuk Washington akan memantau penyelidikan syarikat siber di mana Penasihat Keselamatan Amerika Syarikat (AS) memaklumkan negara asing dan penjenayah siber mungkin terbabit.

Kemungkinan penggodam menggunakan semula kod daripada operasi lain, justeru Symantec dan Kapersky Lan perlu menjalankan kajian teliti ke atas kod itu dan memerlukan pertolongan untuk membuat analisis.


Pegawai Keselamatan AS dan Eropah turut memberitahu masih terlalu awal untuk menuduh siapa yang bertanggungjawab menjadi dalang serangan itu namun tidak menolak kemungkinan Korea Utara sebagai suspek. 


0 comment... add one now