Sistem Penggera Banjir Dipasang Di Masjid Dan Rumah Ibadat


Prof Emeritus Datuk Dr Kamarudin Hussin
Hasil kerjasama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), pemasangan alat penggera pengesan banjir dan pengurusan bencana alam (MFordCT) akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat ini di sebanyak 108 buah masjid dan beberapa buah rumah ibadat di Perlis.

Pemasangan yang akan dilakukan secara berperingkat ini memakan kos RM5,000.

Menurut Pengerusi Yayasan UniMAP, Prof Emeritus Datuk Dr Kamarudin Hussin, sekiranya banjir mencapai tahap ketinggian tertentu, sistem yang dibangunkan Pusat Kecemerlangan Teknologi Sensor Termaju (CEASTech) dapat menyalurkan maklumat tersebut menerusi aplikasi telefon pintar, laman sesawang dan skrin televisyen.

Sistem penggera di masjid dan rumah ibadat yang memainkan peranan untuk mengesan petanda awal bencana yang mungkin berlaku akan memberi amaran kepada masyarakat di sekitarnya.

Selaras dengan itu, Kamarudin juga memberitahu sistem yang diperkenalkan ini adalah bagi membantu orang ramai membuat persediaan awal untuk menyelamatkan diri, keluarga, jiran dan harta benda kerana ketika berlaku bencana, mangsa seringkali tidak sempat untuk menyelamat harta benda khususnya dokumen-dokumen penting.




0 comment... add one now