Tarikh & Lokasi Lihat Anak Bulan Puasa Ramadhan 2017

Ramadhan


Untuk menentukan dan menetapkan tarikh permulaan awal puasa tahun ini, tarikh bagi melihat atau mencerap Anak Bulan Ramadhan paling lewat ialah pada lewat petang Jumaat, 26 Mei 2017 Masihi bersamaan 29 Syaaban 1438 Hijrah.


Untuk makluman, tarikh bermulanya puasa yang ditetapkan akan diisytiharkan pada malam itu juga oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, melalui radio dan televisyen, Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara untuk menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab.


TARIKH & LOKASI MENCERAP ANAK BULAN RAMADHAN DI SELURUH NEGERI DI MALAYSIA - PENETAPAN AWAL PUASA 2017

Negeri
Lokasi
Perlis
Kuala Sungai Baru, Simpang Empat
Kedah
Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda

Pemandangan Indah, Pulau Langkawi

Menara Alor Setar, Alor Setar


Pulau Pinang
Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh
Perak
Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong
Kuala Lumpur
Menara Kuala Lumpur
Selangor
Bukit Melawati

Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat

Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam


Putrajaya
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
Negeri Sembilan
Telok Kemang, Port Dickson
Melaka
Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara
Johor
Pontian Kecil
Pahang
Bukit Tanjong Batu, Nenasi

Gunung Berincang, Cameron Highlands

Bukit Pelindung, Kuantan


Terengganu
Bukit Besar, Kuala Terengganu

Bukit Geliga, Kemaman

Pulau Perhentian, Besut

Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu


Kelantan
Bukit Peraksi, Pasir Putih

Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai

Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu


Sarawak
Tanjung Lubang, Miri

Teluk Bandung, Kuching

Tanjung Batu, Bintulu


Sabah
Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan
Labuan
Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan



0 comment... add one now