Teknologi Membuat Anak Anda Gemuk, Malas Dan Kurang Pandai?

Ibu bapa semestinya mempunyai pelbagai tanggungjawab, antaranya memastikan kehidupan anak-anak sentiasa dalam keadaan baik. 
Memandangkan arus teknologi dunia kini semakin hari semakin moden, ibu bapa seringkali mendengar tentang “tv merosakkan otak anak” atau “video game penyebab anak tidak lagi peka dengan keadaan sekeliling” dan tidak lupa juga “kanak-kanak zaman kini hanya tahu untuk berkomunikasi dalam alam maya”.
Jom kita baca tentang kajian mengenai perkembangan teknologi yang boleh mempengaruhi kanak-kanak.

1.    TV Merosakkan Otak Anak
Hasil kajian
Skrin tv tidak akan menyebabkan apa-apa kecederaan terhadap otak namun kehadiran tv mengakibatkan kurangnya masa interaksi antara ibu bapa – anak yang berkemungkinan memberi kesan kepada perkembangan cara anak anda berkomunikasi nanti.
 Selain itu, tv tidak sepatutnya diletakkan di dalam bilik tidur kanak-kanak kerana kajian mendapati ia mempengaruhi kualiti dan masa tidur kanak-kanak, secara tidak langsung menyebabkan anak-anak tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembelajaran.
Tips: 
Tutup televisyen di rumah sekiranya anda tidak menontonnya dan jauhinya daripada tempat tidur. 
Mainkan muzik jika anda inginkan suasana yang ceria di rumah. 
Jika boleh, tetapkan masa untuk anak-anak anda menonton tv agar anda mempunyai masa untuk berinteraksi dengan mereka.

2.    Menonton TV / Bermain ‘video game’ Menggemukkan Anak

Hasil kajian: 

Beberapa kajian menunjukkan terdapat satu jalinan antara menonton tv dan kenaikan berat badan namun ini sebenarnya menggambarkan anak-anak anda didedahkan dengan pelbagai iklan makanan. 

Ini juga tidak semestinya menyebabkan anak anda menjadi malas.

Tips: 

Elakkan anak-anak anda melihat iklan dengan menggunakan DVR atau memilih video tanpa iklan. Ajar juga anak-anak anda agar bijak untuk menilai iklan-iklan di tv. Pastikan mereka sekurang-kurangnya melakukan aktiviti riadah sama ada di sekolah atau rumah. Jika sukar untuk beriadah di luar rumah, lakukan aktiviti di dalam kawasan rumah dan memilih mana-mana apps senaman yang seronok untuk melakukan bersama-sama.

3.    Radiasi Telefon Bimbit Mengakibatkan Kanser

Hasil kajian: 

Pengkaji masih lagi sedang membuat kajian terhadap pernyataan ini tetapi tiada lagi hasil kajian yang jelas menunjukkan radiasi daripada telefon bimbit akan menyebabkan kanser terhadap manusia.

Tips: 

Kanak-kanak tidak selalunya menggunakan telefon bimbit untuk membuat panggilan kerana mereka selalunya hanya menghantar mesej atau menggunakan apps tertentu. 

Jadilah ibu bapa yang prihatin dengan memastikan anak-anak tidak tidur dengan telefon bimbit mereka berada di bawah bantal.

4.    Kanak-kanak Terlalu Ketagih Dengan Internet

Tips: 

Ibu bapa berperanan untuk membahagikan masa yang seimbang untuk anak-anak mereka meluangkan masa bersama ibu bapa dan kawan-kawan termasuk beriadah atau apa-apa aktiviti sekalipun. 

Sekiranya anda melihat anak-anak mempunyai masalah di sekolah atau berubah perangainya, cuba adjust masa aktivti harian anak-anak anda agar mereka tidak ketagih lagi dengan internet.


5.    Kanak-kanak Tidak Tahu Berkomunikasi Secara Bersemuka Lagi

Tips:

Pastikan anak-anak mempunyai pengalaman untuk berkomunikasi secara ‘face-to-face’ dengan keluarga, rakan-rakan, guru-guru atau sesiapa sahaja.

 Ajarlah anak anda untuk menjaga adab ketika berkomunikasi terutama sekali apabila berkomunikasi dengan orang yang lebih berusia. 


0 comment... add one now