Terpaksa Pakai “Topeng” Oksigen 24 jam Untuk Bernafas



Menurut ibu kepada Nor Zulaika Zakaria, anaknya tidak dapat pergi ke sekolah buat sementara waktu kerana perlu memakai ‘topeng’ oksigen selama 24 jam.

Ibunya, Zawani Ismail, 39, memberitahu anaknya yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Wakaf Bharu, Kelantan menghidap penyakit asma kronik sejak bayi lagi.

Sudah 2 bulan anaknya ponteng sekolah kerana pergerakannya terbatas apabila memakai “topeng” oksigen itu.

“Topeng” itu diibaratkan seperti penyambung nyawa Zulaika  dan anaknya tidak dapat bergerak ke mana-mana ketika memakainya.

Tambah ibunya lagi, mesin oksigen itu sukar untuk dibawa ke sekolah kerana berat dan perlu guna elektrik jika ingin guna.

Kanak-kanak yang berusia 10 tahun itu kadangkala merengek kerana perlu memakai “topeng” oksigen itu. 

Dia tidak boleh bernafas jika tidak memakai “topeng” tersebut.

Ketika ingin ke bilik air, Zulaika akan menanggalkan “topeng”nya hanya selama 15 minit sahaja, kemudian dia perlu memakainya semula.

Dalam pada itu, anaknya disahkan mengalami masalah jantung berlubang dan penyakit buah pinggang.

Oleh itu, dia mengambil masa yang agak lama sedikit untuk sembuh.

Zawani juga menceritakan anaknya telah 16 kali masuk ke dalam wad Hospital Raja Perempuan Zainab II akibat komplikasi 3 penyakit tersebut.

Dia terpaksa menyewa mesin oksigen daripada pihak HRPZ II dengan wang cagaran RM350 kerana harganya terlalu mahal.

Mesin itu perlu dijaga dengan baik kerana kos nya bernilai RM45,000 seunit.

Dia tidak pasti berapa lama anaknya perlu bergantung pada alat oksigen itu.

Mereka sekeluarga cuma bergantung kepada pendapatan suaminya yang bekerja mengambil upah mesin rumput.

Dalam masa yang sama, mereka sangat bersyukur kerana menerima bantuan sebanyak RM200 sebulan daripada JKM kerana suaminya sudah uzur manakala dirinya sendiri mengalami kencing manis.


Rumah yang mereka tinggal sekarang juga merupakan rumah sewa. 

Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan,  boleh disalurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional (0311829843676680) Zawani atau menghubunginya di talian 0109249314


0 comment... add one now